Thursday, November 19, 2009

zombie makan otak org genius ajer.....

hari ni aku akan bukak kelas pasal zombie dan cara-cara utk mempertahankan diri dari serangan zombie... yer blogpost aku kali ni mmg mengarut habez, celah bedah mana pulak ader zombie kat atas planet ni.....

time kecik2 dlu time lagu cranberries - zombie slalu on air dkt radio, aku pon pelik gak menatang apekah zombie tu....kuih karipap inti sardin ker? dan sampai ke arini cranberries tu still lagi dlm list pojaan hatiku sbb lagu dia byk best... menurut wikipedia versi indon (sebab wikipedia melayu haram takde lgsg citer psl zombie ni) .. istilah zombie adalah sebutan untuk mayat hidup dalam sistem kepercayaan Voodoo orang Kreol dan Afrika-Karbia. Zombie adalah manusia dengan roh yang sudah dicuri lewat cara supernatural atau perdukunan, dan dipekerjakan sebagai budak yang mengabdi pada "majikan zombie" di perkebunan terpencil. Versi zombie yang lebih menakutkan dan suka memakan manusia sering diangkat menjadi cerita fiksi horror... sorilaa kalo bahasa tunggang-langgang, bahasa indon laa katakan. ni bukanler lirik lagu agnes monica...

so kirenya zombie ni xde laa kat atas muka bumi ni, propa jer smua tu.. skang ni pon byk movie citer pasal zombie, kalo sblom ni aku gile tgk cite hantu ajer. first citer hantu yg aku tgk kat wyg, citer boogeyman. citer hantu almari ker hantu bwh katil...aku pon tak hengat. time tu budak2 lagi, bleh arr kot takat nak kasi takut sampai tak tido malam tu. tapi bila makin membesar perasaan takut pada hantu berkurang sedikit demi sedikit. mungkin hantu juga takut untuk mengganggu bila sudah menginjak remaja. bace ajer laa sokkabar metro, tgk saje laaa betapa samseng dan stylo nyer budak2 sekola zaman skang ni. cuba bayangkan kalau hantu tetek cuba mengganggu sekumpulan mat rempit. fuh silap haribulan lauk lah hantu tu dicabul secara kenduri beramai-ramai. for sure hantu tetek tak berani dah berkemban ke hulu ke hilir malam2 sorang diri. citer hantu paling last aku tgk pon rasanye 2 tahun lps, hantu sundel bolong kat sunway pyramid... awww, malunye layan citer hantu indon kat wayang. jatuh saham aku..smua salah mai, hahaha! aku tak berapa minat tgk cite antu kt wayang, aku elegik sket..hoho! i jantan okey!!! paling latest pon.. "zombieland". filem ni tak masuk malaysia lagi, bulan dpn baru tyg kat sini tapi dh lama dah kua kat hollywood.. aku ingatkan citer dia kelaka laa sgt, rupa-rupanye cam bodo ajer, sungguh tapir! aku tak gelak langsung....bajet ader 4 org pelakon ajer, yang lain pon tangkap muat plus beratus lagi yang setakat femes jadi zombie aje laa...bape hingget tah diorang dpt satu scene.... satu2 nyer pengarah melayu yang aku bleh kata respek la jugak walaupon citer nye bodo2 adelah mamat khalid. kalau tengok zombie kampung pisang punca wujudnye zombie ni akibat radioaktif tumpah dalam gulai kawah yang buat jamu orang waktu launching warung pak munawer. sape kata org tak amik spm takde wawasan? rilekz je leh kalahkan zombie....


aku pon naik konfius, zombie ker badut sarkas ekk aku ni???

jadi selepas menonton banyak filem-filem seram+tahyul zombie memang aku dah plan siap-siap kalaulah betul ada virus ataupun radioaktif tertumpah dalam gulai feveret aku di masa akan datang memang aku dah ready untuk menghadapi segala kemungkinan. bak datang! aku dah prepare list dah ni....rasanya kaedah2 ni bleh gak digunapakai kalo time darurat perang, lebih kurang aje situasi nyer...terpulanglaa korang nak pakai ker tak, hoho! aku bukak kelas survival free aje ni....


inilahhh.....barisan kita... yang ikhlas, berjuang trett..tet..tet~~


1) belajar untuk "mengsterilkan" air, kecuali jika anda tinggal di tepi sungai seperti belakang Zoo Negara (sungai Kemensah) atau Bukit Belacan, banyak stok air bersih tetapi itu pun sukar kerana dalam keadaan seperti ini, sangat bahaya untuk keluar mencari air. kalo korang nye umah belakang sungai pahang takpon paling syahdu pon, sungai gombak...lupekan laa hasrat tu. kalo tak, elok2 bleh idop lama...besok2 dah berbuih mulut kena penyakit taun. didihkan air sekurang-kurangnya 15 minit untuk membunuh bakteria. kat baghdad misalnya selepas enam bulan penaklukan Amerika Syarikat, bekalan air bersih masih susah nak dicari. korang boleh hidup selama 3 hari tanpa air dan 5 hari atau lebih tanpa makanan

2) laburkan sedikit duit untuk menyimpan basikal. tak payah mountain bike takpon bmx bagai, jipang pon xpe... pada masa aman, ia boleh dijadikan kenderaan riadah dan semasa kecemasan, ia boleh membantu mengerakkan korang sejauh berpuluh kilometer di mana pada saat itu adalah terlalu berisiko untuk membawa keluar kereta. ade baiknye simpanlah minyak petrol tu untuk saat-saat kecemasan sahaja. belajar2 laa naik beskal, jgn tau merempit aje...taulaa merempit press aje, takyah susah2 nak kayuh.. peluang utk survive masih ade melainkan zombie tu adelah jaguh rempit kampung..

3) pastikan korang mempunyai simpanan minyak tanah dan minyak masak yang mencukupi. selain untuk bahanapi dan memasak, minyak masak berasaskan kelapa sawit gak boleh digunakan sebagai minyak pelincir selain menggantikan minyak hitam dalam enjin kereta. in case emergency, minyak tanah tu pon boleh digunakan kasi rentung itu zombie..

4) bekalan makanan kering dan tahan lama seperti beras 30 kilogram, ikan masin, kicap, makanan dalam tin (dalam keadaan biasa, jika korang power bab bab mencatu makanan, bekalan ini cukup untuk menampung korang minimum 6 bulan jika korang hidup seorang) ..so jgnlah gatal mengidam sushi king time2 macam ni... silap2 korang yg jadi sushi nanti..

5) belajarlah menembak untuk perlindungan dan mendapatkan makanan. budak2 PLKN sekarang, untung dapat belajar menembak. jgn tau buat headshot dlm counter-strike ajer.

6) belajar mengenali struktur rumah korang sbb rumah tu boleh menjadi kubu dan kalo takde luck, kubur. susun ruang perlindungan korang dengan perabot yang ada (wujudkan comfort zone, zon kedap hentaman dengan menggunakan sofa/tilam dan elakkan dari barang-barang yang mungkin menyebabkan korang cedera takpon kiok terus. biasanya kecederaan disebabkan benda tajam seperti kaca, bucuan keras dan lain2 yang bleh kasi lubang itu kepala..

7) alat bantuan mendapat makanan seperti joran, especially utk lepas gian kaki pancing. dapat ikan sekor pon jadilaa. anda juga disaran belajar menanam, belajarlaa tanam hidroponik...jgn tanam pokok orkid aje.. bunga orkid bukan sedap pon kalo makan...

8) Coklat. Coklat Cadbury, minuman Milo atau Koko. penting untuk bekalan tenaga. minum milo, anda jadi sihat dan kuat~ ingat korang mungkin kekurangan zat dan protein semasa zaman darurat. korang juga terpaksa bekerja lebih time tu, lebih2 lagi kalo zombie yang tak bosan2 nak membaham korang dan minuman atau makanan inilaa yg membekalkan korang tenaga untuk idop.

9) belajar2 memahami lokasi rumah korang dan beberapa alternatif lain yg ade. time peristiwa 13 Mei dulu, apabila jalanraya menjadi kurang selamat, orang2 yang terselamat ketika hari pertama 13 Mei, memilih jalan sungai untuk balik ke rumah. sungai tu tak lain sungai gombak dan sungai kelang. takde motobot, sampan pon rilek ajer....

10) kalo stuck dalam hutan, makan daun atau buah-buahan yang dimakan oleh binatang sahaja, selain dari itu ia mungkin beracun... dalam hutan takde burger king atau mcdonald, so kalo monyet tu makan betik, tak salah kalo korang nak tumpang sekaki....at least ade membe nak ajak bersembang...

11) apabila keadaan tidak mengizinkan, tanggalkan bateri kereta korang dari membiarkan bateri berada dalam kereta. bateri kereta tu mungkin berguna untuk tujuan lain. bateri juga akan menjadi kong jika diam dalam kereta untuk beberapa hari...

12) kalau sakit!!!!

a. batuk kering--Minuman Koko (Serbuk Van Houten dalam Tin) dibancuh boleh menghilangkan batuk

b. diabetes--boleh gunakan kapsul Gymnema & Fenugreek (dalam kelam kabut mana ada masa nak pi hospital cucuk insulin atau potong kaki yang kena gangren)

c. kanser--gunakan daun durian belanda, keringkan dalam microwave oven, tumbuk jadi serbuk teh dan bancuh serta minum, daun ini mampu membunuh sel-sel kanser (zombie takkan kasi can kat korang nak gi hospital wat rawatan kimoterapi)

d. sakit jantung--sebenarnya jantung kita ini kuat, bayangkan dia mampu pam darah dan menghasilkan tenaga elektrik. seorang doktor yang pernah membuat autopsi ke atas 2,000 mayat yang saspek sakit jantung memberitahu bahawa dari ribuan kes itu, hanya empat orang sahaja yang sah jantung gagal berfungsi. 1996 mayat pula mati disebabkan kegagalan pembuluh darah. jadi, cepat2laaa prepare gi pasaraya giant beli QUAKER OAT segera sebagai makanan ruji korang dan belajarlah mengenalpasti ubat-ubat yang boleh membantu melancarkan perjalanan darah kerana ini merupakan basic kepada kesihatan sebenar. wah, cam iklan kementerian kesihatan pulak, huhuh!~

13) last skali, tunggu laaa PBB ker takpon mana2 badan NGO datang selamatkan korang, tu pon kalo diorang sudi... dgr berita, khabarnya skang ni pon obama punya pakatan dgn negara israel makin menjadi-jadi, lagi teruk dari zaman bush dulu. berita laa yang ckp...aku tak amek port pon...


memang mudah plan ini sebab kebanyakan cerita zombie memang seorang dua saja yang survive. kalau survive dengan perempuan boleh la jugak berumahtangga dgn harapan tak pupuslaaa generasi akan dtg dgn membuat anak berdozen-dozen, mudah kan? keh keh.... tapi kalau survive dengan 7 orang housemate lelaki gila seks yang lain? haru weh haru....sangap dibuatnye!

jadi plan ini memang praktikal kerana memastikan seburuk-buruk tempat pon, aku cop dulu tempat yang penuh berkat dan selesa, beriman dan bergaya sebagai lokasi terakhir sisa-sisa hayat aku, contohnye las vegas, hangover satu malam pon jadi laa..haha!


adoilaa mak, apelaaa dosa anakmu ini...sebulan kau tak bagi makan...sob..sob! T_T
.

No comments: