Sunday, May 17, 2009

i've got a crush on somebody....



halamak...soal cinta lagi ker? dgn sape pulak insan bertuah (haha!) yang buat aku crush tibe2 ni...? hohoho, nehi, nehi, humse pyar karti hei... sbenanye bukan la i've got a crush on somebody, tapi sebenarnye i've got a crash on somebody...

Shah Alam, 16 Mei - Berlaku kejadian eksiden langgar lari sekitar jam 2.30 petang di Bulatan Shah Alam yang begitulah banyak bulatan di sana sehingga tidak pasti bulatan yang mana satu. Kemalangan yang berlaku melibatkan sebuah Naza Forza yang kachak dan juga sebuah Perodua Myvi hitam bernombor plat WQE 617. Dilaporkan, pemandu Myvi yang merupakan seorang wanita sedang sebok bergayut telefon melayan jantan miang sambil memandu, sehingga menyebabkan kecuaian dan pelanggaran yang nyata menyusahkan orang lain, iaitu berlaku pengurangan aset dan juga kerosakan harta benda. Tiada kecederaan berlaku, tapi apa yang pasti berlaku kecederaan di dalam benak hati paling dalam si mangsa selain kecedaraan poket wang ringgit kerana terpaksa dilaburkan di mana-mana bengkel kereta cina di sekitar kawasan perindustrian Batu Caves. -Reuters

kesiann.....~ yang pasti tu bukan salah aku sebab aku telah di remm dari belakang...naseb baek tak kemek, cat tanggal ajerrr...adoi! macam kebetolan plak, kelmarin aku mimpi eksiden, esoknya betol2 eksiden....walaupon tak setragis mana, but still can be consider as eksiden....pe malang naseb ko~ dan timing kete aku pon tibe2 cam biol gak, berbelas kali mati enjin kat atas jalan....pe malang naseb ko~ dan usaha aku mencari parking di sunway pyramid berakhir dengan mendapat parking di roof top sehingga terpaksa meredah hujan walaupon kadar bayaran parking totap sama seperti pengguna yang lain....pe malang naseb ko~ dan aku juga nampak kelibat wanita hot n' spicy sepert memberku maisarah binti musni di atas jalan raya menampilkan aksi pemanduan yang ekstrim dengan adegan cilok-mencilok yang agak khurafat lah untuk aku percaya bahawa mai laa pemandu pelesit itu... ternyata bukan sehingga dituduhnya aku sedang angau dilamun kerinduan terhadap beliau...ohh maiii!~ apelahh malang nasebb.....hurmmm, itu aje larrr, cari kayu...cari kayu...~

p/s :- lupe plak smalam...nak wish selamat hari guru buat smua cikgu cikgi yang penah mengajar, yang melantik aku jadi pengawas tiap2 tahun (hoho!), yang melibas aku seperti kekejaman di palestin, yang sudi menggagalkan aku (ahakz...~) dan terutamanya kepada 80% dari populasi kakak ipar aku yang kesemuanya cikgu.. peace!



KLIK SINI KALO RETI NAK KLIK SINI!~


.