Wednesday, June 17, 2009

nanti bila kau dah kaya nanti, kau blanje aku pulak eh? jangan lupa aku taww.....

ish..ish..ish, kesian ngko yer blog, habez ngko dijahanamkan dek aku.. dah bape lama agaknya aku lupakan ngko yer? ader 5 bulan?? oww...5 hari ajerr ker? nak buat cammana kan, aku bukak pc...tak main internet pon. tak berminat laa duduk depan pc aje. aku just biaq pi lagu tu aje, bosan2 kan...so aku download game ajer lahh. saiznyer besar gaban, sampai 7gb. mahu nyer berjam-jam pc aku ni dibiarkan macam tu aje.. sori jugak lah dekat geng-geng yang sudi datang singgah blog aku yang tak seberapa gempak seperti blog rakan2 yg lain (ehe!), tapi hanco luluh dek kerana aku yang tak meng'update' blog aku ni..

minggu ni adelah minggu terakhir aku dekat shah alam... i mean, ke shah alam...bcoz aku tak stay, aku berulang ke sana.. tapi takpe laaa, forza aku ni jimat minyak..satu trip tak smpai rm10 pon... mungkin dia pon paham master dia ni pon sengkek skang ni.. member berhutang, tak reti nak kutip....mak ayah depan mata, tak reti nak mintak...(yeker ko?) bank depan mata, tak reti nak rompak...hahahaha! tapi realitinya, salah aku....ader duit, tak reti nak menyimpan!!! sob...sob..sob~ bila ada duit, niat untuk berbuat baik tu tiba2 datang pulak. ikhlas ker aku belanja kawan2 aku tuh? kalau ikhlas, kenapa pulak aku nak bangkitkan smula isu duit aku yang mungkin makin hampeh sebab belanja diorang tu? tu smua tak penting, yang penting nyer ialah niat.....kalau dah niat aku nak belanja orang, so aku kena sedar laaa kebenarannya yang duit aku akan berkurang selepas tu.. tapi yang penting, dah jadi kemestian bagi aku.....time nak chow tu, aku mesti akan mengungkapkan ayat ni...

"(......), nanti bila kau dah kaya nanti, kau blanje aku pulak eh? jangan lupa aku taww....."

tapi aku takdelaa mengungkap ayat tu dengan sinar cahaya yang bergemerlapan di kelopak mata..(penuh harapan...) ironinya, harapan yang tak pasti, penghujungnya nanti harapan hanya tinggal harapan...aku bukan lah insan yang mengharap....kadang2 aku sedar aku sendiri ni pon tak boleh diharap..... T_T

dan aku juga takdelaaa mengungkap ayat tu dengan nada meminta dan menyindir....sebab dari situ ajer dah menunjukkan persepsi tidak ikhlas diri sendiri... keikhlasan aku takdelaa dimintak pulangannya dengan wang ringgit...sebab duit pon bukanlah harga yang perlu dibayar bagi menjamin hubungan persahabatan yang berkekalan....

yang pasti, kerana wang ringgit, harta duniawi, materialiti...persahabatan boleh bertemu jalan mati. situasinya, 'kamu' pernah berkata yang aku ni baik terhadap 'kamu', jika 'kamu' susah aku akan ada menolong 'kamu', ape yang jadi milikku tidak salah jika ia juga jadi milik 'kamu', kesusahan yang 'kamu' rasa.. ternyata ia juga menjadi kepedihan terhadap aku melihat 'kamu' menanggungnya keseorangan, tapi bila persahabatan 'kamu' dan aku itu sudah mati dek kerana ego yang tinggi menjulang, mudah pula 'kamu' ungkapkan diri aku ini seorang yang suka mengungkit????

"(......), nanti bila kau dah kaya nanti, kau blanje aku pulak eh? jangan lupa aku taww....."

wahai sahabat, janganlah plastik sangat....ambillah masa, jangan terlalu menggelabah...

"(......), nanti bila kau dah kaya nanti, ...." itu merupakan doa aku terhadap kau. bermakna ingin sekali aku melihat kau berjaya suatu hari nanti... itu juga merupakan satu peluang yang aku berikan, jika kau tak berjaya hari ini.....nanti kau pasti berjaya. dan itu juga satu kepercayaan yang aku letakkan kat atas bahu kau..kepercayaan itu aku pertaruhkan moga kau akan bawa sehingga laa tiba hari kau dah berjaya nanti....

".....kau blanje aku pulak eh? ...." itu pula merupakan harapan aku semoga budi baik aku ini sekurang-kurangnya terbalas, meskipun kau tidaklah aku meminta, apetah lagi memaksa untuk membalasnya semula..

" jangan lupa aku taw....." dan itu merupakan satu-satunya permintaan yang aku minta, dengan harapan kau tunaikannya. bukan kuantiti yang aku minta supaya ditambahkan, tapi durasinya yang aku minta supaya dilanjutkan. apa guna jika kamu berkawan ramai, tapi masa kamu luangkan bersama itu tak seberapa....penghujungnya? kita dah semuanya bersama, dah senang bersama, dah susah pun bersama, ketawa bersama, menangis bersama....ku bersumpah harap kita mati pun bersama...ke akhirnya.........~XOXO

yang tulus ikhlas, ingin sekali sekala dirinya dibalas....walau hanya dengan, dakapan di angin lalu...

yang selalu memberi, ingin sekali sekala jadi penerima....cukup dengan salam, dan manis doa...


blogID=5796089285239055501&postID=5168765205425927950