Monday, October 26, 2009

aku x bajet, aku pemurah....

boring...tiap2 sems mesti gaduh, ade aje benda yg tak kena.. tak tahu laaa kenapa mesti jadi camtu, tp yang peliknya rasa marah or benci tu tak penah ade, sikit pon tak rasa bengang dgn dierr..... rasa geram tu adelaaaa....mcm ade something yg terbuku dan wat aku tak puas hati dgn dia.. apepon aku rasa sgt hepi dan bahagia sbb knal dier ... kelakar bodo2 sengal ubi dier laa yg membuatkan aku tak rasa boring chill dgn dia, dan sifat humble dia yg cute tu gak yg wat aku slalu risaukan dier...... ***aku amat fedap dan tension dgn bangsa batu api, backstabber, tak mengenang budi dan sebok nk memecah-belahkan orang ....sempurna sangatkah kau?? hablum minan-nas, interaksi sesama manusia tu amatlah perlu diutamakan....

cute kan mukadimah utk post aku kali ni (!!) hahaha ..... terpaksa di edit sebab ade maklok bumi tak paham knape aku tulis benda2 mengarot tu. nmpk sgt takde motif lgsg ... aku bukanlahhh jejaka melankolik semata-mata~ so ape kata kita tuka tajuk lain dan bagi suntikan unsur2 bermotif yang boleh dijadikan input yang baek dan membawa ke arah anjakan paradigma buat smua.... harap maklum T_T

pembentangan bajet 2010 .... kiter amek yg interesting dan berjiwa belia remaja ajerlaaa yer, politik campak lombong.....

Semalam, Datuk Seri Najib Razak, menteri 1malaysia kiter yg cam best itu pertama kali-nya membentangkan belanjawan untuk tahun 2010 selaku Perdana Menteri Malaysia ke-6 di Dewan Rakyat. Belanjawan 2010 kali ini berjumlah RM191.5 billion yang mana RM138.28 billion (72.2%) untuk perbelanjaan mengurus manakala RM53.22 billion (27.8%) untuk tujuan perbelanjaan pembangunan

Dalam memantapkan bidang ICT, Kerajaan akan mempercepatkan pelaksanaan High Speed Broadband dengan jumlah kos sebanyak 11.3 bilion ringgit. Sejumlah 2.4 bilion ringgit datangnya daripada pihak Kerajaan dan 8.9 bilion ringgit lagi daripada Telekom Malaysia. Sebagai permulaan, perkhidmatan jalur lebar dengan kelajuan 10 megabit sesaat akan disediakan di kawasan terpilih di Kuala Lumpur dan Selangor menjelang akhir bulan Mac 2010. Seterusnya, perkhidmatan ini akan diperluaskan ke kawasan terpilih di seluruh negara dalam tempoh 2010 hingga 2012.

so harapannye speed broadband kite yg boleh dikatakan ketinggalan ni...kalo laju pon totap di'consider' sbg tak praktikal di samping kadar bayaran yg tak logikal ni, boleh laaa dinaiktarafkan...harap dengan status warga lembah kelang ni bleh dijadikan advantage terhadap aku ... (aku perlu berjalan 100meter kehadapan menuju ke arah coverage WiMax terdekat utk mendptkan servis tu.....sungguh lahabau~)

Untuk pengetahuan ramai, kadar penembusan jalur lebar terkini hanyalah 25 peratus. Ia jauh lebih rendah berbanding 95 peratus di Republik Korea, 88 peratus di Singapura, 64 peratus di Jepun dan 60 peratus di Amerika Syarikat. Melihat situasi ini, pada hemah saya, dalam era menuju negara maju, mahu tidak mahu kadar pemilikan komputer dan penembusan jalur lebar harus ditingkatkan. Barulah nanti masyarakat negara ini celik IT, setanding dengan rakyat di negara maju yang lain. Sebagai tanda galakan kepada rakyat dan komitmen yang bersungguh, Kerajaan dengan ini mencadangkan agar pembayar cukai individu diberi pelepasan cukai ke atas yuran langganan jalur lebar sehingga 500 ringgit setahun mulai tahun 2010 sehingga 2012

so pelepasan cukai sebanyak rm500 mulai 2010 hingga 2012 untuk broadband ni.. kalau pakej broadband bawah rm41, maknanya broadband free terus untuk pembayar cukai.. kalo lahh kita cukup dah berpuas hati dengan connection speed yg kita dapat utk pakej rm41 tu... kita tengok ajelah nanti. nak bagus, keluar laa duit lebih sket...

next....

Seramai 30 pelajar terbaik berasaskan merit akan diberikan biasiswa Nasional untuk melanjutkan pelajaran ke univesiti tersohor di dunia manakala pinjaman PTPTN bakal ditukar kepada biasiswa bagi pelajar ijazah sarjana muda yang mendapt kelas pertama mulai tahun 2010, kad diskaun tambang 50 peratus 1Malaysia untuk pelajar, pakej netbook termasuk perkhidmatan broadband percuma kepada pelajar universiti dengan bayaran RM50 ringgit sebulan untuk 2 tahun...

belajarlaa rajin2 nanti...ehe~ jgn dok ngadap facebook dgn ym ajer....brokbeng free laa katakan =)

Kerajaan juga dalam cadangan pembinaan Terminal Pengangkutan Bersepadu di Gombak yang dapat mengurangkan kesesakan di pusat bandar raya. Kerajaan juga akan melaksanakan laluan khas untuk bas di lebuh raya yang kurang digunakan dan mengubah suai laluan Touch n” Go di plaza-plaza tol.

gerenti lagi traffic jam cam gampunk kat simpang greenwood dpn ni nanti..... sungguh sedey~ berkorban utk kemajuan.....nk ckp ape lg =(

Kerajaan akan memberi diskaun tambang 50 peratus bagi perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) jarak jauh kepada pelajar, terutama bagi mereka dari kalangan keluarga berpendapatan rendah. Diskaun itu adalah kepada pelajar berumur 13 tahun sehingga mereka masih bertaraf pelajar. Kad diskaun pelajar 1Malaysia percuma itu boleh diperoleh dari KTMB. Diskaun tambang ini bermula 1 Januari 2010.

yer....paling aku naik keretapi tanah melayu... sungguh seronok jadi pelajar ni, tgk wyg murah (walaupon skang dah agak kedett....certain cinema dah takde offer mende alah ni) ... prepaid call rate murahhh (lg murah dari line postpaid..... susah org keje marketing celcom nak cari makan pasni...uhuhuhu~) broadband murah..... rasa cam nak jadi budak skola balik aje.... huhh, dah tua sgt ker kau?!@~

Pengguna kenderaan di negara ini wajib menggunakan MyKad untuk membeli bahanapi petrol atau diesel untuk memastikan subsidi minyak yang diperuntukan sampai ke golongan sasar...

save duit minyak petrol .... tapi itu bukanlahh alasan untuk anda merempit tak tentu hala... ptg tadi aku bce paper, penggunaan petrol ron95 memendekkan jarak pemanduan kalau nak compare dgn ron97... btoi ka? no wonder laaa murah. tp taktau laa kan, aku takpenah plak test drive utk ron95 ni... sblom ni isi forza aku tu rm10 bleh go 80km ... how far per liter? calculate laa sendiri..... serabot dah~

Sebagai ganjaran kepada pelajar yang cemerlang dalam pendidikan pula, kerajaan juga menawarkan pakej ‘netbook’ termasuk perkhidmatan jalur lebar (broadband) percuma kepada pelajar universiti dengan bayaran RM50 sebulan untuk tempoh dua tahun. Pakej itu jauh lebih murah daripada harga semasa di pasaran dengan keutamaan diberikan kepada pelajar tahun pertama dan dari keluarga berpendapatan rendah. Sebagai permulaan, pakej itu akan ditawar oleh Telekom Malaysia kepada 100,000 pelajar di semua universiti tempatan bermula 1 Januari 2010

sama macam tadi..... tp aku xminat netbook .... bersyukur ajelaaa dengan pemberian tuhan~

Pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan ditukarkan kepada biasiswa bagi pelajar yang berjaya menamatkan pengajian ijazah sarjana muda kelas pertama atau setaraf, bermula tahun depan.

so, jgn laa jadi mangkuk time degree nanti.... kalau ler smbung degree, hishhh...mesti kna amek degree, kata nak jadi pelajar smpai bile2.....

ader gak beberapa lagi isu belanjawan yg menyentuh aspek pendidikan dan pembangunan ICT ni ..... pembentangan bajet is very nice to be watch, maybe aku pon terpaksa tgk sebab bapak aku ader dpn tv time tu.. kalo dia dok gi mencangkul kat mana2 kebun, aku dah layan mtv usha awek nigga bling2 dah time tu......ehe~

oklaaa, tu ajer post penuh berilmiah dan penuh dgn ilmu pengetahuan aku kali ni .... salam 1malaysia (ahakz, poyo jer bunyi nyer!!~)


.

hurmmm....surrogates aku mesti 18x hensem cam aku..hohoho~!!


blog aku ni dah jadi cam blog review filem plak rasanyer..... maybe sbb aku rajin sgt nak review pasal filem2 ni...tambah2 lagi aku ni plak 'movieholic' org nyer (betoi kaaa istilah aku buat tu? tibai ajelaaaa~) yer, aku mmg power! ditakdirkan takde awek, nak gak rasa duduk 'couple seat' dgn awek...huhuhu~ habeh tu aku nak gebang pasal ape lagi..... takkan pasal politik plak kot.... xpelaaa, tgk ar pasni aku wat komen pasal pembentangan bajet 2010 plak.... kayekah aku tahun 2010 nanti? we wait and see ajer laa......



so, spt yg dijanjikan.....aku review sket laaa pasal movie 'surrogates' ni.... i watched this movie during the day one of this movie premier...advance laa kononnye~ spatotnye dah review dah pon dlm post sblom ni, tp biasa laaa....aku insan terbabas, selalu melencong tah kemana hala... trailer movie ni cukup bagos, berdasarkan narration dia saje dah bagi idea of the whole story.... manusia hidup bergantung sepenuhnya pada robot kawalan ciptaan mereka (such an interesting idea...kalo lah ader btol2) ..sexy, physically perfect mechanical representations of themselves .... so eventough ko tua kerepot, totap bergetah ko....takleh cari makan jamu mak dara! It's an ideal world where crime, pain, fear and consequences don't exist.... robot kite eksiden idung kepek, ganti aje dgn robot lain....camtu laaa main idea dier... contohnye ader sorang mat saleh yg keje lab tu, surrogates dia org negro (weird~), yang student high school nerd giler leh jadi mamat kachak usha awek kat club (bezz...bez!!) .... dan awek yg dok seronok comolot tu rupenya dikawal oleh sorang lelaki gemok (extrabagan weird~).... konfius plak life camtu bile pk balik ....oh my gosh, bapok rupenya kau....ingatkan tulen!!!


manusia yang kawal 'surrogates' ni digelar 'operator' ..just take a seat on your steam chair, and just with the power of your mind, you can control your surrogates and send it out to the real world. you can live your life without limitation. you see what they see, feel what they feel...and become anyone you want to be from the comfort and safety of your own home. you can finally live the life you always dreamt of... what interesting about hollywood movies is the capability of turning non-logical thing become really exists.. the only limit of creative people is only their imagination. yg mengarut pon leh jadi best....


director filem ni adelah Jonathan Mostow, pengarah sama citer terminator 3... no wonder laaa idea dia ke arah future tu cam gempak jer... permulaan cerita ni mmg cun, macam sneak peak of timeline about the invention of surrogates .... seolah-olah membawa penonton ke dunia yg betul2 surrogates tu wujud dlm life ni.... well done! main actor dia, bruce willis pon still best cam dulu.... aku addict gile citer armageddon dlu..... such an epic movie~


citer ni mengisahkan agent thomas greer, sorang FBI yang menyiasat atas kematian beberapa orang operator yang mengawal surrogates diorang kat atas steam chair...yg mana tu adelah satu perkara mustahil utk operator tu mati jugak bersama dgn surrogates diorang ... rupanye ade satu weapon device yang mampu bunuh surrogates dan jugak operator diorang dlm masa yg sama. at the end, barulah tau yg device tu adelah hasil ciptaan (bla....bla...bla...taknak bg ilang mood tgk) ... tambah lg, agent greer ni gak macam kecewa gak sbb tak dpt bersama dgn isteri sebenar dia yg trauma dgn accident yg menimpa diorang..dok terperap je dlm bilik.....bapak best life kau!


aku terpaksa download citer ni semata-mata nak tengok ending dier lagi sekali, sbb habeh ajer citer ni, aku berjalan keluar dari wayang dalam keadaan mengong2 kepala tingtong jugak terpinga-pinga. aku tak paham ending citer ni!!! somebody please explain... remember bobby, the chubby IT geek guy who can gain access of any surrogates with just a click on the database, aku rasa (dan lepas tgk dua tiga kali...tak payah rasa dah..mmg konfem bebeno~!), mamat tu suruh tekan 'YES' utk abort transmission yg membuekkan smua manusia mati, tapi knape agent greer tu tekan 'NO' plak??? tapi kesudahan dier smua manusia survive gak lps tu..... so mamat bobby tu baek ke jahat sebenornye? tak paham aku ..... citer habez camtu ajer pastu .....

ending dia ajer buat onar dalam pale otak aku, tapi storyline dia totap macho dan best gilerr...... r5 version of this movie ni dah ade kat internet, so sape2 yg nak dload....do it coz it worth it! out~








.

papadom?!!

just a few hours ago, the unpredictable game yet a stiff competition between liverpool and manchester at anfield just ended with the result of liverpool gain their home ground victory, 2-0.. although the time of possessions show that man u controlling the game with 57%, the advantage of liverpool at anfield is still undeniable... yet bringing them on-time comeback after 4 times being defeated before...


ahahaha, bajet jadi pengulas omputeh plak ni....leh apply keje kat sportcenter pasni, konon nyer~ so aku takde laa nak memihak kat sape2...maybe lebey sket kat man u lah kot, sobabnye kalo liverpool kalah, ia adalah satu free pass untuk aku nak bambu fan diorang yg agak bekeng gak kebelakangan ni.. tapi, tq gak laaa kat liverpool....di atas kejayaan korang membenamkan man u, once again......our blue team chelsea, get back on the top conquering the rank table.... sing along~ blue is the colour, football is the game ...we all together, and winning is our aim ~ so cheer us on through the sun and rain ..coz chelsea, CHELSEA is our name!! lalala~ ok dah.... tgk laa bape lme dpt brtahan kat atas tu...




okeh...now let's go on with the main topic... spatotnye mlm ni aku nak tgk muvi, saje bosan2..... tp sbb de game, kita cancel la kejap....postpone to the other time being.... last citer melayu aku tgk adelahh 'SETEM' ....got afdlin shauki and vanida imran...yeehhhhh, once again they got couple 2gether gether... aku xde stori pon psl aku tgk citer ni ekkk~ ...citer tu mmg obvious gile nak promote 1malaysia...org cine mafia kasi potong smua benda pon pandai spiking utara nak habaq mai kat hangpa la ni.. but overall citer tu okeh laaa, walaupon rasa bengang tu ader gak membuak2 dalam pale otak aku melihat betapa bodoh dan tak reti menembaknya a.k.a mata keiro polis m'sia dari sudut perspektif layar perak... abaikan T_T ... so, kepingin bebeno di hati ini nak tengok citer papadom plak...and there u go, got afdlin once again..and vanidah also as one of the heroin. kalo dulu time afdlin 'rampingkan perutkuuuu.....~' ....aderlaaa nampak macam kachak sikit time blakon sama erra fazira dlm citer soal hati.... skang dah kembang segar bugar, rasa cam tak kena plak kalo dia belakon citer genre tangkap leleh camtu lagi... rupenya yg dh kiut macam pikachu skang ni mmg kene laa dgn genre komedi spontan yg dia bawak kebelakangan ni. tp xpelaaa, overall he still one of the most innovative yet creative film maker besides the KRU's trio...




berdasarkan first impression aku tgk kat poster citer ni, dan juge tajuk (adelaa sket2....ni stok tak dpt terima perkataan melayu yg pelik2 ar ni..) 'papadom' tu, mule laaa terdetik di benak hati kooo.... "citer bodo murahan apekah ku tak akan sesekali menonton ini?" and then follow by short teaser trailer dia plak, yg menunjukkan afdlin cam mangsa taufan tak makan sebulan tu.. "ape beno nonsense nyer bende ini?!!!" bak kata membe aku yg bajet global dan international....trailer itu sungguh sampah alam flora... creative department should think wisely during the process of brain-storming an idea on how to promote certain thing....at least to make a good impression especially for people who love to criticize something, like me~ hoho! ye laa...aku kritik ke arah kemajuan, skadar nak membina, jauh sekali nak menghina... aku sendiri pon tau tahap mana kreadibiliti teknologi yg mampu dimanfaatkan setaraf dengan tahap kemajuan negara kita sekarang ni... dun expect hollywood style in malay movie making....jauh panggang dari api, jauh punggung dari toilet bowl...

tapi berdasarkan review yg aku dpt buat conclusion dari blog2 lain yg aku ader baca sebelom ni....kebanyakkan nyer kata citer tu best. mawi pon kata citer tu best, hoho.... caye aje laa. plus, time FFM-22 aritu pon, citer ni menang award filem terbaik tahun tu, afdlin plak pengarah filem terbaik...plus other nomination, so why don't we gave it a try? maybe agak lambat sket.... aku citer melayu ni 18 belas ratus kali sket nak kna pikir sblom betol2 terdetik naluri nak tgk dier kat wayang...


okehlaaa.......cakap banyak, bayar kurang. habuk pon tarak~ insyallah nnti aku komen laa pe yg patot lopas dh ngadap muvi tu. assalammualaikum!

cute plak liyana jasmay time ni....maybe sbb afdlin yg besar buat dia yg kecik nampak lg cute....whatever~
.