Monday, October 26, 2009

aku x bajet, aku pemurah....

boring...tiap2 sems mesti gaduh, ade aje benda yg tak kena.. tak tahu laaa kenapa mesti jadi camtu, tp yang peliknya rasa marah or benci tu tak penah ade, sikit pon tak rasa bengang dgn dierr..... rasa geram tu adelaaaa....mcm ade something yg terbuku dan wat aku tak puas hati dgn dia.. apepon aku rasa sgt hepi dan bahagia sbb knal dier ... kelakar bodo2 sengal ubi dier laa yg membuatkan aku tak rasa boring chill dgn dia, dan sifat humble dia yg cute tu gak yg wat aku slalu risaukan dier...... ***aku amat fedap dan tension dgn bangsa batu api, backstabber, tak mengenang budi dan sebok nk memecah-belahkan orang ....sempurna sangatkah kau?? hablum minan-nas, interaksi sesama manusia tu amatlah perlu diutamakan....

cute kan mukadimah utk post aku kali ni (!!) hahaha ..... terpaksa di edit sebab ade maklok bumi tak paham knape aku tulis benda2 mengarot tu. nmpk sgt takde motif lgsg ... aku bukanlahhh jejaka melankolik semata-mata~ so ape kata kita tuka tajuk lain dan bagi suntikan unsur2 bermotif yang boleh dijadikan input yang baek dan membawa ke arah anjakan paradigma buat smua.... harap maklum T_T

pembentangan bajet 2010 .... kiter amek yg interesting dan berjiwa belia remaja ajerlaaa yer, politik campak lombong.....

Semalam, Datuk Seri Najib Razak, menteri 1malaysia kiter yg cam best itu pertama kali-nya membentangkan belanjawan untuk tahun 2010 selaku Perdana Menteri Malaysia ke-6 di Dewan Rakyat. Belanjawan 2010 kali ini berjumlah RM191.5 billion yang mana RM138.28 billion (72.2%) untuk perbelanjaan mengurus manakala RM53.22 billion (27.8%) untuk tujuan perbelanjaan pembangunan

Dalam memantapkan bidang ICT, Kerajaan akan mempercepatkan pelaksanaan High Speed Broadband dengan jumlah kos sebanyak 11.3 bilion ringgit. Sejumlah 2.4 bilion ringgit datangnya daripada pihak Kerajaan dan 8.9 bilion ringgit lagi daripada Telekom Malaysia. Sebagai permulaan, perkhidmatan jalur lebar dengan kelajuan 10 megabit sesaat akan disediakan di kawasan terpilih di Kuala Lumpur dan Selangor menjelang akhir bulan Mac 2010. Seterusnya, perkhidmatan ini akan diperluaskan ke kawasan terpilih di seluruh negara dalam tempoh 2010 hingga 2012.

so harapannye speed broadband kite yg boleh dikatakan ketinggalan ni...kalo laju pon totap di'consider' sbg tak praktikal di samping kadar bayaran yg tak logikal ni, boleh laaa dinaiktarafkan...harap dengan status warga lembah kelang ni bleh dijadikan advantage terhadap aku ... (aku perlu berjalan 100meter kehadapan menuju ke arah coverage WiMax terdekat utk mendptkan servis tu.....sungguh lahabau~)

Untuk pengetahuan ramai, kadar penembusan jalur lebar terkini hanyalah 25 peratus. Ia jauh lebih rendah berbanding 95 peratus di Republik Korea, 88 peratus di Singapura, 64 peratus di Jepun dan 60 peratus di Amerika Syarikat. Melihat situasi ini, pada hemah saya, dalam era menuju negara maju, mahu tidak mahu kadar pemilikan komputer dan penembusan jalur lebar harus ditingkatkan. Barulah nanti masyarakat negara ini celik IT, setanding dengan rakyat di negara maju yang lain. Sebagai tanda galakan kepada rakyat dan komitmen yang bersungguh, Kerajaan dengan ini mencadangkan agar pembayar cukai individu diberi pelepasan cukai ke atas yuran langganan jalur lebar sehingga 500 ringgit setahun mulai tahun 2010 sehingga 2012

so pelepasan cukai sebanyak rm500 mulai 2010 hingga 2012 untuk broadband ni.. kalau pakej broadband bawah rm41, maknanya broadband free terus untuk pembayar cukai.. kalo lahh kita cukup dah berpuas hati dengan connection speed yg kita dapat utk pakej rm41 tu... kita tengok ajelah nanti. nak bagus, keluar laa duit lebih sket...

next....

Seramai 30 pelajar terbaik berasaskan merit akan diberikan biasiswa Nasional untuk melanjutkan pelajaran ke univesiti tersohor di dunia manakala pinjaman PTPTN bakal ditukar kepada biasiswa bagi pelajar ijazah sarjana muda yang mendapt kelas pertama mulai tahun 2010, kad diskaun tambang 50 peratus 1Malaysia untuk pelajar, pakej netbook termasuk perkhidmatan broadband percuma kepada pelajar universiti dengan bayaran RM50 ringgit sebulan untuk 2 tahun...

belajarlaa rajin2 nanti...ehe~ jgn dok ngadap facebook dgn ym ajer....brokbeng free laa katakan =)

Kerajaan juga dalam cadangan pembinaan Terminal Pengangkutan Bersepadu di Gombak yang dapat mengurangkan kesesakan di pusat bandar raya. Kerajaan juga akan melaksanakan laluan khas untuk bas di lebuh raya yang kurang digunakan dan mengubah suai laluan Touch n” Go di plaza-plaza tol.

gerenti lagi traffic jam cam gampunk kat simpang greenwood dpn ni nanti..... sungguh sedey~ berkorban utk kemajuan.....nk ckp ape lg =(

Kerajaan akan memberi diskaun tambang 50 peratus bagi perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) jarak jauh kepada pelajar, terutama bagi mereka dari kalangan keluarga berpendapatan rendah. Diskaun itu adalah kepada pelajar berumur 13 tahun sehingga mereka masih bertaraf pelajar. Kad diskaun pelajar 1Malaysia percuma itu boleh diperoleh dari KTMB. Diskaun tambang ini bermula 1 Januari 2010.

yer....paling aku naik keretapi tanah melayu... sungguh seronok jadi pelajar ni, tgk wyg murah (walaupon skang dah agak kedett....certain cinema dah takde offer mende alah ni) ... prepaid call rate murahhh (lg murah dari line postpaid..... susah org keje marketing celcom nak cari makan pasni...uhuhuhu~) broadband murah..... rasa cam nak jadi budak skola balik aje.... huhh, dah tua sgt ker kau?!@~

Pengguna kenderaan di negara ini wajib menggunakan MyKad untuk membeli bahanapi petrol atau diesel untuk memastikan subsidi minyak yang diperuntukan sampai ke golongan sasar...

save duit minyak petrol .... tapi itu bukanlahh alasan untuk anda merempit tak tentu hala... ptg tadi aku bce paper, penggunaan petrol ron95 memendekkan jarak pemanduan kalau nak compare dgn ron97... btoi ka? no wonder laaa murah. tp taktau laa kan, aku takpenah plak test drive utk ron95 ni... sblom ni isi forza aku tu rm10 bleh go 80km ... how far per liter? calculate laa sendiri..... serabot dah~

Sebagai ganjaran kepada pelajar yang cemerlang dalam pendidikan pula, kerajaan juga menawarkan pakej ‘netbook’ termasuk perkhidmatan jalur lebar (broadband) percuma kepada pelajar universiti dengan bayaran RM50 sebulan untuk tempoh dua tahun. Pakej itu jauh lebih murah daripada harga semasa di pasaran dengan keutamaan diberikan kepada pelajar tahun pertama dan dari keluarga berpendapatan rendah. Sebagai permulaan, pakej itu akan ditawar oleh Telekom Malaysia kepada 100,000 pelajar di semua universiti tempatan bermula 1 Januari 2010

sama macam tadi..... tp aku xminat netbook .... bersyukur ajelaaa dengan pemberian tuhan~

Pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan ditukarkan kepada biasiswa bagi pelajar yang berjaya menamatkan pengajian ijazah sarjana muda kelas pertama atau setaraf, bermula tahun depan.

so, jgn laa jadi mangkuk time degree nanti.... kalau ler smbung degree, hishhh...mesti kna amek degree, kata nak jadi pelajar smpai bile2.....

ader gak beberapa lagi isu belanjawan yg menyentuh aspek pendidikan dan pembangunan ICT ni ..... pembentangan bajet is very nice to be watch, maybe aku pon terpaksa tgk sebab bapak aku ader dpn tv time tu.. kalo dia dok gi mencangkul kat mana2 kebun, aku dah layan mtv usha awek nigga bling2 dah time tu......ehe~

oklaaa, tu ajer post penuh berilmiah dan penuh dgn ilmu pengetahuan aku kali ni .... salam 1malaysia (ahakz, poyo jer bunyi nyer!!~)


.

No comments: